Monday 14 December 2009

Atok Emak - ada perkembangan positif


Hari ini 15 Dis 2009, lebih ramai sanak saudara datang menziarahi Atok Emak di Wad CCU tingkat 4 Hospital Serdang. Waktu lawatan ialah di antara 12.30 t.hari - 2.00 petang dan 5.00-7.00 ptg. Melalui ke bilik Atok Emak, kena melepasi 3 kawalan keselamatan; 1 di lobi utama, 1 di hadapan lift dan satu lagi di pintu wad CCU - di sini hanya dibenarkan melawat 2 orang dalam satu masa. Jadi kami perlu bergilir-gilir menunggu di ruang menunggu di hadapan wad. Sehingga kini, selain daripada 5 beradik bersama keluarga masing-masing berkumpul, Pak Cik Muhammad (Alang), Mak Cik Timah, Abang Zainal (Kota Tinggi) dan isteri Kak Intan dan Asfaazam Kasbani turut melawat Atok Emak.
Pada hari ini, keadaan bertambah positif, atok emak boleh membuka mata, menoleh, mengangkat tangan dan menunjukkan response terhadap sesiapa yang datang menziarahinya, walaupun tidak dapat mengeluarkan suara kerana beberapa tiub dipasang ke mulut, hidung dan tangannys sebagai saluran makanan, ubat dan tambahan darah.
Tidak di nafikan, ramai anak cucu yang termenung dan sugul dengan keadaan atok emak yang terpaksa berbaring sebegitu rupa, tetapi semua itu adalah bentuk rawatan yang perlu dilalui atok, khususnya untuk menyelamat dan mengubati keadaan jantung, paru-paru dan buah pinggang yang agak lemah beberapa hari lalu agar dapat dipulih dan kembali sihat serta berfungsi dengan baik. Sama-sama kita berdo'a semoga Atok Emak segera sembuh.

No comments: