Monday 30 November 2009

Wardah safiyah- Warga Baru Keluarga Kita




Alhamdulillah, Wardah Safiyah ditakdirkan lahir kedunia dan menjadi penyeri keluarga Pak Ngah Cham / Mak Ngah Rahimah. Semua ahli keluarga 'D'Kabun' mengalu-alukan kehadiran Wardah Sakinah yang comel dan cantik dan sentiasa menjadi tumpuan anak cucu untuk mencium dan mendukung Wardah Safiyah. Sama-sama kita mendoakan baby girl ini sihat wal afiat dan membesar menjadi anak yang solehah.

SAMBUTAN AIDIL ADHA 1430 MERIAH





Tahun ini semua anak cucu Hj Salleh / Hjh Tijah balik ke kampung berhari raya. Aidil Adha disambut dengan meriah dengan pagi-pagi lagi cucu-cucu dah pakai baju raya ... Solat raya di Surau Kg Pt Sameon. Hidangan juadah sederhana tetapi sedap-sedap belaka. Ada chocolat buah tangan Mak Usu Dr Hanim Salleh dari Disney Land yang baru kembali dari USA bersama Sakinah kerana urusan akademik.
Sebelah petang sempat mengunjungi Atok Timah di Keluang.
Mak Usu dan Mak Long belanja Ayam Goring Radik (Organik) dan Ayam panggang Radik dibeli dari Radik Chicken House Keluang - satu-satunya outlet HPA Radik Mai Secawan...!
Macam biasalah ... cucu-cucu kalau ada peluang ... buat ungun api membersih kawasan kabun atok abah ... ada pula anak menantu yang gian mencangkul ... nostalgia zaman remaja di kampung permatang sepam dahulu ... ! di JB mana ada tanah nak di cangkul kan?