Tuesday 7 October 2008

Kenang-kenangan pagi syawal 2008

Keluarga Norleha & Mohd Zin

Pasangan Sanusi & Rahimah

Keluarga Anum & Jamal

Keluarga Aini & Syukri

Keluarga Hanim & Redha

Tahlil & Takbir

Berhari Raya di Pasir Gudang



Alhamdulillah tahun ini keluarga Hj Salleh & Hjh Tijah berhari Raya di rumah mak uda / pak uda di Pasir Gudang. Semua anak-anak dan cucu-cucu berkumpul semenjak pagi hari raya. Semua telah berkesempatan solat Aidil Fitri di masjid Pasir Gudang. Penuh masjid hingga melimpah diperkarangan Masjid.
Sekembalinya ke rumah mak uda / pak uda, majlis tahlil diadakan diketuai oleh Pak Andak Syukri. Semua anak dan cucu sama-sama bertahlil menghadiahkan bacaan ayat-ayat ALlah dan zikir dan wirid kepada atok-atok yang sudah menemui Allah swt.
Kemudian majlis memohon maaf dan mengucapkan Salam Aidil Fitri oleh anak-anak dan cucu kepada Atok Hj Md Salleh dan Hjh Tijah. Tahun ini atok memberikan duit raya agak besar kepada cucu-cucu tersayang.
Gambar kenang-kenangan sekeluarga juga diadakan selepas itu sambil menikmati jamuan ketupat, lemang, laksa johor dan kuih muih.
Semoga kesempatan raya tahun ini mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli keluarga. Sama-sama kita berdoa semoga Allah memberikan rahmat dan pemeliharaan kepada atok abah dan atok emak serta semua ahli keluarga. Hidup sihat sejahtera, dimurahlan rezeki Allah, ditambahkan iman dan pertingkatkan amal ibadat sepanjang hayat.