Saturday 19 December 2009

Atok Emak Mula Bernafas Tanpa Mesin


Semenjak dimasukkan ke wad CCU Hospital Serdang atok emak tidak sedarkan diri dan terpaksa dibantu dengan system support seperti pernafasan ventilator (oksigen), makan melalui saluran (tube feeding), kemasukan beberapa jenis ubat seperti antibiotik (menghalang jangkitan pernafasan), lasix (membuang air dalam badan), morfin (tahan sakit), midazolam (penenang/tidor), i.v. drip untuk tenaga, blood transfusion (tambah darah 2 pint) serta buangan najis cecair (urine catheter) dan najis pejal dengan nappi.
Pada 2 Muharam 1431 / 19 Dis 2009 (selepas 6 hari di wad CCU), sebahagian bantuan di atas sudah boleh dibuka dan atok emak telah bernafas sendiri dengan hanya menggunakan oxygen mask. Pemakanan masih menggunakan bahan liquid (tube feeding). Namun atok emak masih tidak sedar, hanya sesekali membuka mata dan menggerakkan anggota tangan dan kaki. Keseluruhan pernafasan, heart beat, tekanan darah masih dipantu dengan alat yang dipasang di beberapa bahagian tubuh badan dan display pada monitor berhampiran. Tekanan darah dan heart beat sesekali naik apabila atok emak membuka mata dan menunjukkan keinginannya berkomunikasi dengan sesiapa yang datang ziarah. Oleh itu anak cucu yang datang ziarah semampu mungkin tidak menyentuh dan mengejutkan atok emak. Atok emak masih peru berehat sepenuhnya bagi menstabilkan pernafasan dan sistam jantungnya.

Kini anak cucu masih berkampung di Bangi (UNITEN) dan sentiasa menziarahi atok emak pada waktu tengah hari dan petang secara bergilir-gilir sambil membacakan ayat-ayat qur'an dan berdo'a agar atok emak segera sembuh dan dapat balik.

Sama-sama kita sebagai anak dan cucu yang selama ini menerima berbagai bantuan dan pertolongan dari atok emak insaf, mendoakan atok emak dan memohon maaf kepada atok emak akan pelbagai kesilapan yang anak cucu mungkin lakukan. Pengorbanan dan kebaikan atok emak dan atok abah tidak dapat kita semua balas atau bayar walaupun dengan apa juga masa dan harta yang kita miliki. Jika tidak dengan kasih sayang dan pertolongan atok emak dan atok abah (biiznillah), sukar kita semua untuk berada di tahap yang ada kini. Insaf dan sama-samalah kita dekatkan diri kepada Allah swt, pemilik segala kehidupan ini. Dengan meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, Insya Allah akan dipermudahkan proses perubatan dan mempercepatkan atok emak sembuh dan sihat seperti sedia kala Insya Allah.

Monday 14 December 2009

Atok Emak - ada perkembangan positif


Hari ini 15 Dis 2009, lebih ramai sanak saudara datang menziarahi Atok Emak di Wad CCU tingkat 4 Hospital Serdang. Waktu lawatan ialah di antara 12.30 t.hari - 2.00 petang dan 5.00-7.00 ptg. Melalui ke bilik Atok Emak, kena melepasi 3 kawalan keselamatan; 1 di lobi utama, 1 di hadapan lift dan satu lagi di pintu wad CCU - di sini hanya dibenarkan melawat 2 orang dalam satu masa. Jadi kami perlu bergilir-gilir menunggu di ruang menunggu di hadapan wad. Sehingga kini, selain daripada 5 beradik bersama keluarga masing-masing berkumpul, Pak Cik Muhammad (Alang), Mak Cik Timah, Abang Zainal (Kota Tinggi) dan isteri Kak Intan dan Asfaazam Kasbani turut melawat Atok Emak.
Pada hari ini, keadaan bertambah positif, atok emak boleh membuka mata, menoleh, mengangkat tangan dan menunjukkan response terhadap sesiapa yang datang menziarahinya, walaupun tidak dapat mengeluarkan suara kerana beberapa tiub dipasang ke mulut, hidung dan tangannys sebagai saluran makanan, ubat dan tambahan darah.
Tidak di nafikan, ramai anak cucu yang termenung dan sugul dengan keadaan atok emak yang terpaksa berbaring sebegitu rupa, tetapi semua itu adalah bentuk rawatan yang perlu dilalui atok, khususnya untuk menyelamat dan mengubati keadaan jantung, paru-paru dan buah pinggang yang agak lemah beberapa hari lalu agar dapat dipulih dan kembali sihat serta berfungsi dengan baik. Sama-sama kita berdo'a semoga Atok Emak segera sembuh.

Sunday 13 December 2009

keputusan UPSR : Tahniah kepada Jiji


Keputusan UPSR telah diumumkan dan semua calon perlu menerimanya dengan redha. Di dunia ini, kita akan memperoleh apa yang kita usahakan Insya Allah. Sesiapa yang tekun, fokus, bersungguh-sungguh dan serius dengan setiap mata pelajaran yang diambil, baik di dalam kelas, di rumah mahupun dimasa lapang, Insya ALlah kecemerlangan adalah milik mereka.
Allah memberikan kejayaan kepada siapa yang berusaha di dunia ini, walaupun orang yang menentang ALlah pun, didunia ini sering diberi oleh ALlah. Tetapi kejayaan dan anugerah Akhirat, Allah akan kurniakan kepada mereka yang taat, ebriman dan memenuhi tanggungjawab sebagai muslim.

Kepada Nurwajihah binti Syukri (anak pak andak dan mak andak) diucapkan tahniah kerana berjaya memperolehi 5A UPSR. Semoga terus berjaya di masa akan datang. Kepada yang tak dapat 5 A jangan kecewa, juga diucapkan tahniah kepada Imtithal dan rakan-rakan lain. Jadikan keputusan UPSR yang tidak berapa cemerlang sebagai dorongan untuk melipatgandakan usaha. Tingkatkan usaha, istiqamah dengan pelajaran dan amalan Islam, Insya ALlah kejayaan menanti anda di PMR dan SPM.

Cucu mandi di kolam renang Uniten



Sementara ibu bapa menziarahi atok emak di hospita;, Muhammad Sabiq membawa anak-anak ke kolam renang uniten. Mereka mengisi lapang dengan belajar berenang dan merapatkan hubungan kekeluargaan. Insiden mencemaskan apabila Budin terjun mengikut Ammar yang dah pandai berenang ... hampir lemas.. Alhamdulillah Sabiq terjun emnyelamat.. tapi handphone dan dompet habis basah di poket. ...Ingat lain kali... di kolam renang ...

Saturday 12 December 2009

Atok Mak Menerima Rawatan di Hospital An-Nur Bangi



Pada Hari Khamis 10 Dis 2009, Atok Mak & Atok Abah ke Rumah Pak Usu & Mak Usu di Uniten Bangi untuk bertukar angin dan bersantai sambil ziarah cucu. ALlah izin petang tu atok emak terasa sakit dada dan Mak Usu hantar ke Klinik An-Nur Bangi, lantas masuk Wad.
Sabtu Malam 12/12/09 satu rombongan dengan Mercedes PFX9116 yang dipandu Pak Long membawa Mak Long, Mak Andak dan Mak Uda serta anak-anak menuju ke Bangi untuk menziarahi Atok Emak. Maka malam tu bergilir-gilir anak perempuan menemani Atok Emak di Wad. Keadaan atok emak agak kurang stabil malam itu... sesekali serangan sakit dada dirasai atok emak. Pagi ahad itu beberapa cucu datang ziarah.
Tengah hari, keadaan atok agak tidak stabil... lantas pihak hospital an-nur menghantar ke Hospital Serdang dengan ambulan untuk dimasukkan ke unit rawatan rapi. Beberapa jam... sekitar maghrib, baru atok emak di bawa ke wad CCU di tingkat empat.
Malam ini (Ahad 13 DIS 2009) atok emak terpaksa kesaorangan di wad CCU, kerana menurut doktor, atok emak perlu rest sepenuhnya setelah diberi ubat dan pihak hospital akan memantau sepanjang malam.
Kami anak cucu bermalam di UNITEN sambil mendoakan semoga Atok Emak segera sembuh. Pak Long, mak Long, mak Uda dan Mak Andak terpaksa stay ack di Bangi untuk sehari lagi dan esok 14/12/09 kami tak dapat pergi kerja. M Sabiq pun terpaksa bercuti di hari pertama sem 2. Hanya ini sokongan moral yang dapat kami beriakn agar atok emak dan atok abah kuatkan semangat untuk terus sihat bersama kami semua Insya ALlah.