Friday 15 January 2010

Atok Emak Keluar Hospital



Alhamdulillah, pada hari ini 16 Jan 2010 Jam 12.00 tengah hari (setelah 1 bulan 4 hari), atok emak telah dibenarkan balik ke rumah setelah berada dan menjalani rawatan di Klinik Pakar An Nur dan Hospital Serdang semenjak 12 Dis. 2009. Ketika mak long sampai dari JB beberapa minit selepas atok emak sampai di kediaman mak usu di UNITEN, atok emak sudah duduk di sofa ruang tamu mak usu dan disebelahnya atok abah. anak cucu mengerumuni dan rasa bersyukur di atas anugerah ALlah mengurniakan kesihatan kepada atok emak setakat ini. Walaupun atok emak maseh perlu menjalani proses perubatan, tetapi kehadiran di rumah menceriakan suasana. Atok emak maseh perlu berihat dan memakan ubat-ubatan dan vitamin. Atok emak juga perlu menjalani dialisis untuk mengantikan sebahagian buah peranan buah pinggang atok yang masih belum berfungsi sepenuhnya. Pergeakan atok emak dengan kerusi roda. Emak Uda akan menjaga dengan rapi atok emak dan sesekali adik-beradik akan datang mengunjungi atok emak di Bangi. Semoga atok emak akan segera recover dan sehat sepenuhnya. Gambar: anak-anak dan menantu diperkarangan rumah dalam keadaan ceria kerana atok emak semakin sembuh.

1 comment:

La Saze Cafe said...

alhamdullilah. syukur. Insyallah Uncle Azam (Asfaazam Kasbani) & family di Nilai akan dtg melawat. Terlau byk outstation 2-3 minggu ni dan baru baik dari Kuching semalam.

Asfaazam Kasbani 012-3205213