Wednesday 6 January 2010

Atok Emak Mula Recover


Alhamdulillah dalam lawatan ke wad ting 7 Hospital Serdang pada 2 dan 3 Jan 2010, Atok Mak semakin kelihatan sihat. Walaupun keadaan badan masih lemah, berbanding dua minggu lalu, macam tak percaya. Begitulah kuasa Allah dan kehendahNya di atas usaha dan doa anak cucu serta kaum kerabat. Kini kebanyakkan saluran makanan dan tube ditanggalkan dari badan atok. Atok emak boleh makan seperti biasa seperti nasi, buah-buahan dan sebagainya. Namun anak-anak menggalakkan atok emak makan makanan berzat seperti makanan berbijirin dan bervitamin. Atok emak kini terpaksa menjalani 'dialisis' iaitu proses mencuci darah menggunakan mesin disebabkan buah pinggang atok emak agak tidak mampu menjalankan fungsinya seperti sedia kala. Mak Uda kini di Bangi untuk menjaga atok emak sementara adik beradik yang lain akan menziarahi atok emak setiap hujung munggu atau mengikut kelapangan. Semoga atok emak terus sembuh dan cergas. Bersyukur dan berterima kasihlah kita kepada Allah yang telah memberikan atok emak semakin sembuh.

No comments: